Wednesday, June 2, 2010

Yong tau foo halal di pasaran

Pekerja Hikmah Food, Nur Amira Awang menunjujukkan sebahagian daripada produk Yong Tau Foo di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.azde@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Menyedari makanan tradisi kaum Cina yong tau foo kurang dihasilkan oleh syarikat bumiputera, seorang pegawai kanan kewangan di sebuah entiti korporat terkemuka meninggalkan kerjaya lumayan itu.

Meskipun tidak memiliki sebarang pengetahuan dalam bidang penghasilan makanan itu, Syed Abdullah Syed Hassani bersama dua rakan yang lain terpaksa melupakan kekangan itu.

Mereka menyifatkan, ia satu bidang perniagaan berpotensi kerana yong tau foo merupakan salah satu menu istimewa yang diminati kaum Melayu.

Sehubungan itu, Hikmah Food Specialities Sdn. Bhd. (Hikmah Food), ditubuhkan dan ia terlibat dalam aktiviti pembuatan pelbagai bebola dan kek ikan serta bahan lain yang berkaitan dengan menu makanan popular itu.

LINK ASAL : KOSMO ONLINE